
Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiyyah (MUSNAD) 2011.
Buku berjudul “Sunnah Nabi: Realiti dan Cabaran Semasa” cuba menggarap beberapa isu kontemporari dalam bidang hadith yang merangkumi kajian hadith tematik, metode ulama hadith dalam karya-karya hadith, terjemahan sunnah, ict dalam pengajian hadith, hadith dan sains, sumbangan institusi formal dan tidak formal dalam pengajian hadith dan pengaruh pemikiran asing dalam pengajian hadith.
Kajian hadith tematik cuba mengupas hadith-hadith nabi mengikut topiktopik tertentu. Melalui kajian ini hadith-hadith nabi s.a.w akan dikumpulkan mengikut topik tertentu kemudian dibahas dan dibincangkan berdasarkan ilmu riwayah dan dirayah hadith. Antara isu-isu yang dibahaskan menurut kajian tematik dalam buku ini ialah modal insan, bay’ al-nasiah dan al-rahn. Melalui kajian terhadap metode-metode ulama hadith pula, kekuatan dan keistimewaan karya-karya mereka dapat dikenalpasti. Antara tokoh-tokoh ulama yang menjadi pilihan ialah Ibn Solah, Ibn Hajar al-Haythami dan ulama kontemporer seperti Syeikh al-Albani, Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi dan Dr Zaghlul al-Najjar.
Sumbangan ulama nusantara dalam bidang hadith turut dibincangkan antaranya seperti Syeikh Nawawi Banten, Syeikh Wan Ali Kutan al-Kelantani, Syeikh Yasin Padang dan M.Quraish Shihab
Download bukunya DISINI