
Oleh kerana syarat yang semakin ketat untukku berurusan dengan jabatan kerajaan, terpaksa jua aku mendaftarkan syarikat dengan kementerian kewangan Malaysia. Oleh kerana ketika aku belajar di Politeknik aku bekerja sambilan dengan sebuah syarikat Perabot, maka perniagaan trading aku juga lebih kepada membekal Perabot, ini gara-gara kerana aku terlepas untuk menghadiri sesi menandatangani perjanjian pinjaman PTPTN, aku tidak punyai pembiayaan yang mencukupi memaksa aku bekerja sambilan dengan menjadi kelindan lori di syarikat berkenaan. Hasil dari pengetahuan yang tidak seberapa juga ketika belajar di sekolah teknik, aku mengambil upah melukis kabinet hiasan dalaman dari seorang tokei perabot bernama Ah Wah, ketika itu…
Silahkan Download Bukunya DISINI